Tertuduh, See Chou Shon, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharani.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Superplas Technology (M) Sdn. Bhd. melakukan pecah amanah bernilai keseluruhan RM8.68 juta.

Dia didakwa dengan curang membuat pembayaran dengan memasukkan wang itu kedalam akaun bank miliknya membabitkan tujuh transaksi antara 16 Disember 2007 hingga 30 Jun 2014.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai selain menetapkan 21 November ini bagi sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE