Video oleh AZMAN ASMAYATIM

Prem Anand, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 21 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, kira -kira pukul 11.30 malam pada 6 Julai lalu.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada mana-mana hukuman itu jika sabit bersalah.

Majistret Cathe­rine Nicholas membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 23 Ogos ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Ra­ya, Nurul Izzah Shaharuddin manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran, S. V. Kumar dan Audrey Wee.

Selesai prosiding, tertuduh yang digari enggan keluar dari bilik mahkamah de­ngan memberi alasan menunggu wakilnya membayar wang jaminan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang gadis yang dikenali sebagai Tan membuat laporan polis selepas mendakwa dia diserang secara seksual oleh seorang lelaki berbadan besar yang antara lain bertindak mencium serta meraba kemaluannya selain bertanya sama ada mangsa sanggup melakukan seks.