Bagaimanapun, Prem Anand, 50, yang juga bekas ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Majistret, Catherine Nicolas kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 23 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili E. Gnasegaran, Audrey Wee dan S.V. Kumar manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin. – UTUSAN ONLINE