Hakim Zulhelmy Hassan yang bertindak sebagai Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syahrul Nizam Anuar, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Lelaki itu yang kini bekerja sebagai pekerja kilang didakwa memandu kenderaan berat tersebut secara berbahaya tanpa mengendahkan suasana keadaan jalan raya sehingga menyebabkan kematian terhadap pemandu kereta, Lam Wai Loon, 46; isterinya, Wong Cheq Lee, 53; dua anak mereka, Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Hong, 13, serta adik Wan Loon; Lam Wei Keat, 35, serta bapanya; Lam Leong Choy, 76.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kilometer 403.2, Lebuh Raya PLUS arah utara, Hulu Selangor, kira-kira pukul 7.46 pagi, 2 April tahun lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam L. Raj  yang mewakili tertuduh bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tersebut sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi. - UTUSAN ONLINE