Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga Ahad ini.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.50 pagi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari.

Suspek sebelum ini direman sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Difahamkan, pegawai khas berumur 44 tahun itu telah ditahan sejak Isnin lalu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.-UTUSAN ONLINE