Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Bekas pegawai khas dituduh ubah wang haram RM19.3 juta

Mohd. YUSOF ABU HASSAN (kiri) didakwa atas 15 pertuduhan membabitkan pecah amanah dan pengubahan wan
MOHD. YUSOF ABU HASSAN (kiri) didakwa atas 15 pertuduhan membabitkan pecah amanah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen, Melaka, semalam. – Utusan /Azli Ahad

MELAKA 9 Mei – Seorang bekas pegawai khas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan mem­babitkan pecah amanah dan pengu­bahan wang haram ber­jumlah RM19.3 ju­ta, tahun lalu.

Tertuduh, Da­tuk­ Mohd. Yusof Abu Hassan, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertu­duhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh yang juga ejen kepada syarikat, Taraf Budi Development Sdn. Bhd. dan SP Enterprise Sdn. Bhd. didakwa melakukan pecah amanah berjumlah RM11.2 juta di RHB Bank Bhd. dan Al Raj­hi Bank cawangan Melaka Raya, Bandar Hilir di sini antara 22 Februari 2016 dan 10 Ogos tahun yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga menghadapi 11 pertuduhan, memindahkan wang daripada akaun bank ke dalam akaun bank lain melalui cek dengan jumlah keseluruhan RM8.1 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.


Video oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR

Perbuatan itu didakwa dila­kukan antara 1 Mac 2016 dan 2 September tahun ya­ng sama di RHB Bank dan Al Rajhi cawangan Melaka Raya serta UOB Bank Bhd. cawangan Ma­lim di sini.

Dia didakwa me­ng­ikut Sek­syen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Ha­ram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hu­kuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afzainizam Abdul Aziz mencadangkan jaminan RM3 juta dengan mengambil kira tertuduh menghadapi pertuduhan yang serius.

Peguam, Azrul Zulkifli Stork yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan kerana Mohd. Yusof menanggung seorang isteri, lapan anak dan ibunya yang uzur.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain