Namun, pada 3 April 2015, ejen unit amanah itu bertukar menjadi pemangsa apabila mula meliwat anak gadisnya tanpa kerelaannya dan lebih tragis, kejadian tersebut berlaku sewaktu mereka sedang menunaikan umrah.

Kejadian menjadi lebih teruk apabila lelaki berusia 36 tahun itu bercerai dengan ibu mangsa dan gadis itu mula tinggal dengan tertuduh bermula 1 Januari lalu pada usia 15 tahun sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian hak penjagaan anak.

Sejak itu, mangsa dijadikan pemuas nafsu seks songsang bapanya apabila gadis itu diliwat tiga kali sehari, di antara pukul 6 hingga 7 pagi, pukul 1 hingga 2 petang dan pukul 11 malam hingga 1 pagi dengan rakus sehingga terkeluar najis selain dikawal pergaulan dan pergerakannya.

Mangsa pada mulanya merahsiakan perkara tersebut kerana takut dimarahi dan dipukul oleh ibunya kerana membabitkan bapa sendiri namun menemui keberanian selepas mengetahui hasrat lelaki itu untuk menjaga dua lagi adik perempuannya yang berada dalam jagaan ibunya.

Penderitaan gadis itu berkura­ngan apabila Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 48 tahun dan sebatan 24 kali selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesemua 623 pertuduhan kesalahan seksual.

Pengakuan bersalah itu dibuat di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali pada 25 Ogos lalu iaitu kira-kira 15 hari selepas didakwa di mahkamah.

Pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin merangkumi satu pertuduhan merogol, satu pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal dan 591 tuduhan liwat.