Tertuduh yang berusia 44 tahun itu didakwa melakukan jenayah itu menggunakan kekerasan dengan meletakkan pedang samurai di leher mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meliwat anak sulung daripada tiga beradik itu dan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, mahkamah menetapkan hukuman enam tahun penjara dan lima sebatan.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di rumah sewa tertuduh di Taman Pelangi Indah, di sini kira-kira pukul 2 pagi, 15 Mac 2016.

Hakim, Jailani Rahman kemudiannya memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh hukuman dijatuhkan serta mengarahkan tertuduh membayar jaminan RM12,000 sementara menunggu rayuan kes. - UTUSAN ONLINE