Tertuduh yang merupakan bapa kandung mangsa, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa menyebabkan kematian terhadap Nur Aina Nabihah di Taman Vista Jaya, Lukut, dekat sini di antara pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Mohammad Abdullah mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Media sebelum ini melaporkan, Nur Aina Nabihah meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya.

Keputusan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada buah pinggang, selain usus terkoyak serta patah tulang rusuk kiri dan kanan dipercayai dipukul dengan objek tumpul. - UTUSAN ONLINE