Majistret Mohd. Zaki Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes berkenaan ditarik balik.

Azizan yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, dekat sini didakwa atas pertuduhan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang, antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.

Azizan yang hadir memakai baju kemaja lengan panjang warna biru, kelihatan sebak sebaik keputusan dibacakan Mohd. Zaki.

Peguam tertuduh, Francis Pereira, berkata Azizan dilepaskan kerana pihak pendakwaan memberitahu mahkamah membuat keputusan berdasarkan perkembangan baru yang dibuat oleh AGC. - UTUSAN ONLINE