Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Anggota polis pangkat Koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah

SHAH ALAM 9 Mac - Seorang anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah di Semenyih dekat sini tahun lalu.


 

Mohd. Yusairi Khairudin, 31, yang bertugas di Bahagian Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Semenyih membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rozilah Salleh.


Mengikut pertuduhan, Mohd.Yusairi didakwa meminta wang tunai berjumlah RM500 daripada Tofayel Md. Mosharap supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu tanpa lesen di Stesen Minyak Teguh, Taman Semenyih Ria dekat sini.


Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dan seorang penjamin. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain