Majistret Aida Khairuleen Azli membenarkan anak saudara Menteri Besar itu dan seorang lagi suspek dengan masing-masing dikenakan dibebaskan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin.


Mereka sebelum ini direman 10 hari bermula 30 November lalu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek perlombongan pasir di Selangor sekitar 2014.


Selain mereka, turut direman adalah dua lagi individu iaitu pengarah syarikat dan pengurus tapak, namun kedua-duanya telah dibebaskan pada Rabu lalu.


Kesemua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 29 November lalu di sekitar Kuala Lumpur.


Hasil penahanan itu, akaun bernilai RM4 juta milik syarikat terlibat turut dibekukan kerana disyaki hasil terlibat anak saudara Menteri Besar terbabit.


Syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.-UTUSAN ONLINE