Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Abd. Latif direman seminggu

SPRM LATIF
PENGERUSI Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi, 51, direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.-UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU 10 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi, 51, direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Nur Sulehan Abd. Rahman.


Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau itu yang memakai baju T lokap SPRM berwarna oren tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen/Majistret, di sini pukul 9.11 pagi.


Semalam, Abd. Latif ditahan di Pejabat SPRM negeri ini pukul 10.50 pagi bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


Sejurus ditahan, SPRM turut merampas sebanyak 150 utas beg tangan berjenama mewah milik isterinya, sebuah kenderaan Toyota Vellfire dan wang tunai RM41,000 dalam serbuan di kediamannya di sini pada 11.40 pagi. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain