Beliau yang sedang bercuti daripada tugasnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 1 Mac lalu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM200,000.

Permohonan untuk melepaskan reman ke atas Abd. Latif dibuat oleh Penolong Penguasa SPRM, Yunus Mohamed dan dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah di sini, Saba’aton Daud.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau itu tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen/Majistret pada 9.10 pagi dan kira-kira 15 minit selepas itu beliau dilihat keluar daripada bilik pendaftar mahmakah.

Pada 10 Mac, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Nur Sulehan Abd. Rahman mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas Abd. Latif selama seminggu sehingga hari ini.

Beliau ditahan pada 9 Mac lepas di Pejabat SPRM Negeri Johor dan susulan penahanannya, SPRM merampas 150 beg tangan pelbagai jenama, sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire dan wang tunai berjumlah RM41,000 hasil geledah di rumahnya di sini. - UTUSAN ONLINE


Video oleh NUR AISYAH MAZALAN