Pembebasannya itu di-sambut dengan laungan Allahuakbar ser­ta pelukan ahli keluarga yang turut hadir mengiringi Abd. Latif, 51, yang kini bercuti daripada tugasnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 1 Mac lalu.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau itu tiba di pekara­ngan Mahkamah Se­syen/Maji-stret di sini pada pukul 9.10 pagi dan dibawa ke Pejabat SPRM Johor se­lepas prosiding sela­ma 15 minit di bilik pendaftar.

Permohonan mem­­bebaskan Abd. Latif di­ke­mukakan oleh Pe­nolong Penguasa SPRM negeri, Yunus Mohamed dan dibenarkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah Johor Bahru, Saba'aton Daud.


Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Pada 9 Mac lalu, Abd. Latif ditahan di Pejabat SPRM negeri semasa hadir memberi keterangan berkaitan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah ekoran penahanan tujuh individu termasuk anak dan pegawai khas beliau, namun kese­mua mereka telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sejurus selepas penahanan tersebut, SPRM turut menggeledah rumah beliau dan merampas wang tunai berjumlah RM41,000, sebanyk 150 beg tangan mewah pelbagai jenama serta sebuah kenderaan Toyota Vellfire.

Abd. Latif disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.