Video oleh SYEFRY MONIZ

Kesemua mereka yang ditangkap Jabatan Imigresen susulan Ops Mega E-Kad pada 1 Julai lalu, berusia antara 18 hingga 45 tahun membabitkan 19 warga Myanmar, dua Nepal dan seorang Indonesia.

Hakim Norita Mohd. Ardani menetapkan 25 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula untuk 21 tertuduh bagi mendapatkan jurubahasa Myanmar dan Nepal.

Seorang tertuduh warga Indonesia, Krismanto, 24, dijatuhi hukuman penjara sebulan dari tarikh tangkapan selepas mengaku bersalah kerana tinggal lebih masa.

Dia ditangkap di sebuah tapak pembinaan di Menglembu, Kinta, lebih kurang pukul 11.20 pagi, 1 Julai lalu setelah Pas Lawatan Kerja Sementara didapati tamat tempoh pada 11 Mei lalu,

Kesemua PATI didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Mereka ditahan dalam operasi 1 Julai di beberapa lokasi sekitar Perak susulan tamatnya pendaftaran program kad sementara Enforcement Card (E-Kad).

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen negeri, Shamil Wati Ibrahim manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA