Hakim, Faiz Dziyauddin membuat keputusan itu terhadap Muhammad Awhmal Saharudin, 24, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan Muhammad Fikri Aslam Ishak, 19, yang bekerja sebagai pencuci kereta selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa bersama-sama memperdagangkan seorang wanita berusia 19 tahun secara kekerasan dan paksaan bagi maksud eksploitasi perkhidmatan seks.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Rose Cottage Hotel, Jalan Sagu 17, Taman Daya di sini pada 9 Mei hingga 21 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh secara bersama-sama didakwa memperdagangkan seorang wanita berusia 23 tahun secara kekerasan dan paksaan bagi maksud eksploitasi perkhidmatan seks.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norafiah Saini mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah menjatuhkan hukuman enam tahun penjara bermula dari tarikh ditahan pada 21 Jun lalu dan dua sebatan bagi setiap tertuduh dengan hukuman dijalankan secara berasingan. - UTUSAN ONLINE