Sementara dua lagi suspek yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan bon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Hafizah Johor Arif Johor membenarkan permohonan SPRM untuk melanjutkan tahanan reman terhadap keempat-empat suspek itu yang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu kesemua suspek yang memakai kemeja-T berwarna jingga tertera Lokap SPRM termasuk seorang berbaju kemeja biasa berwarna ungu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini pukul 9 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Suspek kemudian dibawa keluar dari kompleks itu pukul 11.10 pagi selepas prosedur sambung reman itu selesai. 

SPRM pada 24 Februari lalu menahan 
kesemua suspek lelaki berusia antara 25 hingga 50 tahun itu di negeri ini kerana disyaki bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis-premis di Johor.

SPRM juga bertindak membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta
serta merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk matawang asing dan dokumen-dokumen bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE