Perintah reman bermula hari itu dikeluarkan oleh Majistret, Siti Shakirah Mohtaruddin, terhadap lapan polis termasuk dua berpangkat Inspektor, empat anggota bomba dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berumur antara 26 hingga 53 tahun.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di mahkamah dengan menaiki bas kenderaan milik SPRM kira-kira pukul 10.05 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna oren dan t-shirt.

Kesemua suspek ditahan serentak kira-kira pukul 9 pagi semalam oleh SPRM di tiga lokasi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.

Menurut sumber, hasil maklumat dan risikan selama hampir tiga bulan lalu oleh SPRM mendapati kesemua suspek telah menerima wang rasuah RM300 hingga RM10,00 secara bulanan daripada pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di dua daerah di Selangor. - UTUSAN ONLINE


Video oleh ZULKIFLI SAINUDDIN