Perintah reman ke atas 11 suspek yang berusia antara 26 hingga 55 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie pagi ini.

Permohonan reman berkenaan dikemukakan oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Faliq Basirudin bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dijalankan.

Mereka dipercayai melakukan perbuatan rasuah itu ketika bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sekitar negeri ini dengan menerima transaksi wang secara berkala iaitu harian, mingguan dan bulanan bertujuan melindungi pesalah bagi kes dadah di bawah akta berkenaan.

Semalam, SPRM menahan 12 suspek melibatkan 11 tangkapan di Sabah dan seorang di Sibu, Sarawak antara pukul 2 petang hingga 8 malam.

Operasi tangkapan di negeri ini melibatkan sembilan suspek di Kota Belud, seorang di Kota Kinabalu dan seorang di Beluran. - UTUSAN ONLINE