Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosilah Yop turut mengarahkan UMMB membayar RM20,000 lagi sebagai kos selepas Zulkifli yang juga Pengarang Rencana dan Analisis dan UMMB memohon maaf kepada Guan Eng berhubung penerbitan satu artikel pada tahun 2015.

Zulkifli sebelum ini membaca penyataan maaf tersebut dalam Mahkamah terbuka pada September lalu dan menarik balik artikel bertajuk 'Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?' yang diterbitkan akhbar itu pada 10 April 2015.

Peguam yang mewakili UMMB, Ellia Zuraini Mat Zin berkata, jumlah ganti rugi itu diberikan selepas Mahkamah mengambil kira permohonan maaf UMMB dan Zulkifli Jalil sebagai salah satu faktor mitigasi.

Pada prosiding itu, Guan Eng diwakili peguam Datuk N. Murali. - UTUSAN ONLINE