Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing BNM, Azman Mat Ali berkata, bank pusat tersebut ketika itu mempunyai empat orang pedagang mata wang asing termasuk ketua pedagang.


Ujar beliau, semua arahan untuk aktiviti jual beli mata wang asing dikeluarkan oleh Penasihat BNM merangkap Ketua Pedagang ketika itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


“Saya tidak berani menjalankan urus niaga mata wang asing tanpa arahan salah seorang daripada mereka,’’ ujarnya selaku saksi ke-18 yang dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini. 


Azman dipanggil sebagai saksi dalam prosiding pendengaran RCI untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an yang bersidang hari ketujuh, hari ini. - UTUSAN ONLINE.