Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu selepas S. Vijaya Surian, 33, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah farmasi di Jalan 21/27 Sea Park di sini kira-kira pukul 5.10 petang, 13 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan suatu nombor telefon bimbit telah melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan kepada K. Parameswary, 45, dengan mengeluarkan kata-kata hendak melanggarnya, menculik dan membunuh anak wanita itu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memohon hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh sementara Vijaya Surian yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan tidak berkemampuan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang bekerja telah menerima panggilan telefon daripada bekas teman lelakinya kerana tidak berpuas hati dan mengugut ingin melanggar dan menculik mangsa. Selain itu, tertuduh mengatakan ingin membunuh anak perempuan bekas teman wanitanya itu. - UTUSAN ONLINE