Majistret Ho Kwong Chin menjatuhkan hukuman itu selepas S. Anand, 30, mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pesara, A. Selvaraj, 69, dengan cara mengugut ingin membakar kabinet dapur dan barang pusat kebajikan di Pusat Kebajikan Joy Care, No. 1-D Railway Line Sentul di sini kira-kira pukul 7 malam, 20 Oktober lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan mengalami masalah kewangan di samping perlu menyara ibu dan anak-anak yang masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd. Halim bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira faktor keselamatan awam dan trauma yang dialami mangsa.

Mahkamah memerintahkan Anand menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Oktober lalu. - UTUSAN ONLINE