Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau lebih dikenali sebagai Ude melafazkan talak satu itu tepat pukul 9.50 pagi di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai secara baik oleh Ude.

Ude yang merupakan pemuzik bebas selaku pihak plaintif menerusi peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memfailkan permohonan cerai itu pada Januari tahun ini mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003. 

Intan Liana, 33, selaku defendan hadir diwakili peguam syarie, Suriany Awaludin.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1. - UTUSAN ONLINE