Tentera Turki mengumumkan kematian pertama seorang anggota tenteranya sejak melancarkan operasi `Olive Branch’ pada Sabtu lalu iaitu campur tangan kedua terbesar dalam perang saudara Syria sejak tujuh tahun lalu.

Pesawat pejuang dan meriam membantu serangan darat yang turut melibatkan kumpulan pemberontak Syria dan kereta kebal Turki bertujuan menyingkirkan kumpulan militan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dari wilayah Afrin.

Orang awam di bandar Afrin yang terletak kira-kira 18 kilometer dari kawasan barisan hadapan mula menyimpan makanan dan ubat sebagai persiapan jika mereka diserang manakala pusat-pusat perlindungan turut disediakan.

``Kami nekad. Afrin akan dibebaskan. Kami tidak akan berundur,’’ kata Erdogan melalui ucapan yang disiarkan dalam televisyen di Ankara. - AFP

habis.