Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tuntutan palsu: Tan Sri direman enam hari

SPRM TAN SRI
PEGAWAI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM13 juta berhubung pembekalan geotube bagi kerja-kerja pemulihan sungai di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 6 April - Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bersama anaknya direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu pembekalan geotube (penggalian) kerja-kerja pemulihan Sungai Melaka sejak 2012.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret A.Akhiruddin Acho selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman kedua-dua suspek tersebut.


Selain itu, mahkamah sama mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap tiga pegawai dan seorang pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atas dakwaan bersubahat bersama Tan Sri berkenaan.


Terdahulu, keenam-enam suspek terbabit tiba di mahkamah di sini pada pukul 9.30 pagi.


Semalam, Tan Sri berkenaan ditahan SPRM di kediamannya di Johor pada pukul 10.30 pagi semalam manakala anaknya ditahan di pejabatnya pada pukul 11 malam.


Tiga pegawai dan seorang bekas pesara JPS itu pula ditahan berasingan di Johor, Melaka dan Seremban.


Difahamkan, tuntutan palsu itu dilakukan di bawah kerja-kerja pemulihan sungai menggunakan kaedah penggalian JPS.


Suspek dipercayai mengemukakan invois pembayaran berjumlah hampir RM13 juta bagi membekalkan 358 unit geotube. 


Hakikatnya, hanya 89 unit yang dibekalkan bernilai kira-kira RM4 juta dan akibatnya, kerajaan kerugian hampir RM9 juta.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain