Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret / Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md. Saad di sini hari ini.


Suspek yang berumur 59 tahun ditahan ketika dipanggil memberi keterangan berhubung kes terbabit di Pejabat SPRM cawangan Terengganu di sini pukul 5 petang semalam.


Suspek ditahan dipercayai susulan penahanan seorang pengerusi pertubuhan belia daerah di negeri ini yang direman tujuh hari bermula 9 Januari lalu.


Suspek yang bertanggungjawab sebagai pegawai pengawal diamanahkan untuk menguruskan wang peruntukan bantuan am RM500,000 mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dipercayai mengeluarkan wang berkenaan dalam bentuk dua keping cek.


Dua keping cek yang bernilai RM300,000 dan RM200,000 itu dikatakan dibuat dan diserahkan atas nama sebuah pertubuhan belia sedangkan tiada permohonan dilakukan untuk perbelanjaan 32 program di daerah berkenaan. - UTUSAN ONLINE