Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen / Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa di sini hari ini.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan ketika dipanggil memberi keterangan berhubung kes terbabit di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu di sini pukul 4.30 petang semalam.

Suspek dikatakan mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja membekal, memasang, menyusun dan menguji peralatan pancaragam di salah sebuah sekolah di daerah ini yang bernilai RM261,000.

Bagaimanapun, kerja-kerja pembekalan tersebut dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE