Tertuduh berusia 24 tahun itu menukar pengakuannya kepada tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibaca semula jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di beberapa lokasi di Mersing antara April tahun lalu hingga bulan lalu.

Bagi empat pertuduhan pertama, dia didakwa meliwat mangsa berusia 11 tahun, manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa kedua berusia tujuh tahun.

Pada 24 Julai lalu, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim, Mohammad Khalid Ab. Karim dan selepas menerima pengakuan tertuduh, mahkamah menetapkan hari ini untuk memberikan hukuman, namun tertuduh menukar pengakuannya.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 September ini. - UTUSAN ONLINE