Majistret Siti Hanum Mohmad Sah menjatuhkan hukuman denda tersebut terhadap kesemua tertuduh iaitu Mohd. Noramin Anuar, 29; Wan Nazirul Shahpri Wan Mazran, 24; Daim Mokhtar, 18; Muhammad Afif Ashrani Muhsin, 24; Muhammad Arif Muhsin, 21; Mohd. Mansor Mat, 29, dan Muhammad Aizat Ariff Fadilah, 24,.

Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda tersebut.

Kesemua tertuduh membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka dituduh terlibat dalam pergaduhan di Pintu F Stadium Perak pada pukul 1.08 minit pagi semalam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing. - UTUSAN ONLINE