Majistret Siti Nabilah Abd. Rashid membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mereka direman bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Dua pegawai kanan itu terdiri daripada timbalan pengurus besar berusia 44 tahun dan pengarah projek selatan 1 UEM berusia 55 tahun masing-masing ditahan antara pukul 3 petang dan 4 petang di SPRM Johor semalam.

Turut direman ialah seorang wanita yang merupakan pembantu peribadi kepada timbalan pengurus besar berkenaan yang berusia 34 tahun di lokasi sama.

Mahkamah juga memerintahkan empat individu lain direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan yang berlaku antara tahun 2013 dan 2017.

Sementara itu, SPRM turut memperoleh perintah reman terhadap dua pegawai polis berpangkat Inspektor bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan wang RM40,000.

Kedua-duanya yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman direman selama dua hari bermula hari ini hingga lusa. 

Dua pegawai berkenaan disyaki meminta wang RM40,000 daripada seorang lelaki bagi menyelesaikan kes pelaburan yang sedang disiasat polis. - UTUSAN ONLINE