Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan perkara itu semasa prosiding  kes tersebut di hadapan Hakim Murtazadi Amran di  Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Permohonan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mendapat pengesahan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung pembayaran kesemua cukai tersebut yang telah dijelaskan hari ini.

Mengikut pertuduhan, Hasmiza atau Dr. Vida didakwa sebagai seorang yang berdaftar di bawah Akta GST 2014 dan pemilik tunggal perniagaan syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. telah gagal membayar cukai bagi tempoh bercukai antara April 2015 sehingga Julai tahun lalu berjumlah lebih RM4.2 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak di sini pada 11 Februari, 1 Jun dan 22 September tahun lalu. - UTUSAN ONLINE