Yusoff Ayob
Yusoff Ayob

Kali ini, Yusoff perlu hadir bagi menjawab sendiri pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif memaklumkan perkara tersebut kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan dan Sambutan Hari Raya di Istana Kehakiman hari ini.

“Kes telah dihan­tar semula ke Mah­kamah Majistret. Ma­cam ma­na awak boleh mengaku bersalah menerusi wakil?” tegas Md. Raus.

Ketua Pendaftar Mah­kamah Per­sekutuan, Datuk Seri La­ti­fah Mohd. Tahar ke­tika ditemui pada majlis yang sama turut mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu kes akan disebut pada 25 Julai ini.

Pada 18 Julai lalu, Yusoff, 58, me­lalui pegawai khasnya me­ng­aku bersalah atas tuduhan me­­man­du kereta bernombor pen­­dafta­ran BLY 68 di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya, di sini kira-kira pukul 6.27 petang, 7 Oktober tahun lalu.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman menjatuhkan hukuman denda RM600 atau penjara tujuh hari terhadap Yusoff.

Pegawai khas Yusoff membayar denda tersebut.

Terdahulu pada majlis tersebut, Md. Raus bersama isteri, Puan Sri Salwany Mohamed Zamri dan Latifah turut menyampaikan duit dan sumbangan raya kepada 23 penghuni Rumah Kasih Harmoni dari Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil jualan amal dan sumbangan warga kehakiman yang diadakan pada bulan Ramadan lalu.

Selain Rumah Kasih Harmoni, hasil jualan amal berjumlah RM25,539 turut disumbangkan kepada Rumah Kanak-Kanak Tengku Badariah, Cheras; Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong dan Rumah Anak-Anak Yatim The House of Joy, Puchong.