Nor Farah Farhan Abdul Fattah, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Fadzila­tul Isma Ahmad Refngah.

Mengikut pertuduhan, wa­nita yang tidak bekerja itu di­dakwa menyalahgunakan wang RM3,000 milik Asma Ahmad, 70, dengan mendakwa akan menukarkan mata wang ringgit ke mata wang yen namun gagal berbuat demikian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Jalan Melati 6, Sungai Kantan peringkat dua, Hulu Langat dekat sini kira-kira pukul 8.50 malam, 20 Julai 2017.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menyalahgunakan wang milik Rathiah Shamsudin, 63, yang bernilai RM4,900 bagi tempahan tiket percutian ke Krygstan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Sungai Ramal Dalam, Hulu Langat dekat sini kira-kira pukul 3.16 petang, 12 September tahun sama.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suraya Ahmad mengikut Seksyen 403 Kanun Kesek­saan yang memperuntukkan hukuman penjara mak­­simum lima tahun dan sebat dan denda.

Mahkamah membenarkan Nor Farah Farhan di­ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kes disebut semula 9 Mac ini.