Bagi pertuduhan pertama, tertuduh, N. Thevanathan, 51, didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana mengemukakan dokumen palsu kepada pengurusan USM untuk mendapatkan jawatan sebagai pensyarah di universiti tersebut pada 15 Ogos 2008.

Tertuduh juga didakwa dengan curang mendorong USM menyerahkan bayaran berjumlah RM195,081.38 sebagai bayaran untuk perkhidmatannya sebagai pensyarah di universiti tersebut.

Sementara itu, untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa secara tidak jujur menggunakan suatu dokumen iaitu sijil kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan daripada Universiti of Maryland, Amerika Syarikat (AS) sebagai bukti kelayakannya untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

Majistret L. Umma Devi kemudian menawarkan ikat jamin sebanyak RM17,500 untuk kedua-dua pertuduhan sementara menanti sebutan semula kes 4 April depan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Hajar Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam M. Athimulan. -UTUSAN ONLINE