Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiga ulat tiket, ulat sapu didakwa

TERTUDUH ulat tiket, Mohamad Amran Chik (kanan), Subeli Ahmad,
TERTUDUH ulat tiket, Mohamad Amran Chik (kanan), Subeli Ahmad, (kiri) dan Jefri Ramli (dua dari kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Trafik, Johor, Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 13 April – Akibat menawarkan tiket dan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa kuasa yang sah semalam, seorang ‘ulat tiket’ dan dua ‘ulat sapu’ masing masing didenda RM1,500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Trafik, di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka iaitu Jefri Ramli, 25, Mohamad Amran Chik, 48 dan Subeli Ahmad, 55, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar.

Mengikut pertuduhan, Jefri yang merupakan ‘ulat tiket’ didakwa tanpa kuasa yang sah menawarkan perkhidmatan untuk membawa penumpang bagi kenderaan perkhidmatan awam di tempat awam di Terminal Larkin, kira-kira pukul 11.20 pagi, semalam.

Dua ‘ulat sapu’, Mohamad Amran dan Suberi pula dituduh melakukan perbuatan sama dengan menawarkan perkhidmatan kenderaan di tempat berasingan iaitu di Terminal Feri Stulang dan JB Sentral antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari, semalam.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Jefri dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan menanggung seorang anak dan dua adik ipar selain membiayai kos rawatan isteri yang mengalami retak tulang belakang.

Mohamad Amran pula mengemukakan alasan menanggung tiga anak yang masih bersekolah dan ibu yang sudah tua manakala Subeli pula memiliki tujuh anak dengan lima daripadanya masih bersekolah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Farhan Afiq Harun manakala kesemua tertuduh yang ditahan penguat kuasa SPAD menerusi Ops Khas Parasit itu, tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain