Tiga rayuan tersebut berkaitan perintah melarang media dan orang ramai daripada membincangkan dan menerbitkan kenyataan mengenai merit tujuh tuduhan kesnya; perintah mendapatkan beberapa dokumen tambahan termasuk pernyataan saksi sebelum perbicaraan bermula dan rayuan mengenai tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindahan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Dalam masa sama, panel tujuh hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang meminta Jabatan Peguam Negara menunjukkan surat lantikan pendakwa sementara, Sulaiman Abdullah. - UTUSAN ONLINE