R. Paramesh, 24, S. Kalidas, 29, dan A. Govalsamy, 51, me­ngangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa kepada mereka di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, kese­mua mereka bersama dua lagi yang masih bebas didakwa membunuh D. Ruban, 24, di Taman Sri Bernam, Hutan Melintang, Hilir Perak antara pukul 5.30 petang dan 8 malam, 26 November lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Asyraf Abdul Rashid mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela dan mahkamah menetapkan 11 Janua­ri tahun depan untuk sebutan semula kes.