Perintah itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ketiga-tiga suspek terdiri yang terdiri seorang pemain import Argentina berusia 29 tahun manakala dua lagi adalah warga tempatan masing-masing berusia 26 and 27 tahun.


SPRM semalam menahan tiga pemain bola sepak tersebut kerana disyaki mengambil wang rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak piala Liga Perdana Malaysia.


Daripada siasatan awal yang diperolehi, suspek telah menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM 30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.


Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek-suspek telah terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa tahun yang lalu.


Kata sumber itu, suspek-suspek ini telah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil daripada wang rasuah diterima itu.


Tambah sumber terbabit, kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditangkap berhubung siasatan kes tersebut pada masa terdekat.-UTUSAN ONLINE