Ketiga-tiga mereka ialah Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman, 43; Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, 43; dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim, 44.

Majistret Cindy Mc Juse Balitus membenarkan Mohd. Azis dan Ariffin masing-masing dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 bersama dua penjamin rakyat tempatan.

Jamawi pula dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM20,000 tanpa deposit juga bersama dua penjamin rakyat tempatan.

Kesemua mereka ditahan Isnin minggu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd. Faliq Basiruddin manakala kesemua individu diwakili peguam masing-masing.

Mohd. Azis diwakili Martin Tommy; Loretto Padua Jr; Norazmi Alimat; Jaikol Situn; Cedric Choo dan Darrel Leiking.

Jamawi pula diwakili barisan peguam, Arthur Borine; Shahlan Jufri; Mohd Azhier Farhan Arifin; Jaafar Esteben dan Razali Razi, manakala Ariffin diwakili peguamnya Hamid Ismail. - UTUSAN ONLINE