Mereka ialah bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi Sdn Bhd, Law Jenn Dong, 59; arkitek BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee, 56, dan Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi, Stephen Abok, 59.

Hakim Asmadi Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan.

Seramai 31 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Muhammad Anas Mahadzir dan Noor Zalizan Lazarous.

Law diwakili oleh peguam Datuk Tan Hock Chuan, Stephen oleh peguam Hisham Teh Poh Teik, manakala Bernard Tan diwakili peguam Datuk V. Sithambaram. - BERNAMA