Perintah reman itu dibenarkan Hakim Badrul Munir Abdul Hamdi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Difahamkan wanita warga Vietnam bersama suaminya (warga tempatan ) dan pemilik bot berkenaan yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 48 tahun ditahan sewaktu sedang menyerahkan wang tunai RM100,000 kepada pegawai APMM  di sebuah restoran di sini pada pukul 1.30 petang semalam.

 Bot nelayan Vietnam yang cuba diambil semula itu yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit dalam proses pelupusan selepas disita APMM kerana menceroboh perairan negara baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE