Pegawai pengambilan pekerja, Nor Sabariah Abdul Kadir, 29, didakwa memberikan komen menghina Ahli Parlimen Pekan itu di laman sosial Facebook, Otai Bersih, awal Februari lalu.

Penjaga stor, Ng Thai Quen, 19, didakwa menerbit imej jelik memaparkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada Disember tahun lalu.

Penebar roti canai, Mazlan Yusoff, 48, pula didakwa memuat naik 'posting' jelik dan imej Najib yang telah diedit pada November tahun lalu.

Kesemuanya didakwa mengikut Seskyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Hakim Zainal L. Salleh membenarkan ketiga-tiga individu terbabit yang dituduh sebagai orang kena saman (OKS) diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 Oktober ini. - UTUSAN ONLINE