KUALA LUMPUR 5 Julai - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dihantar ke Penjara Sungai Buloh, Selangor selepas Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini tidak membenarkan beliau diikat jamin.
Mahkamah juga menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Jamal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis pada Mei lalu.
Jamal juga membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali. - UTUSAN ONLINE