Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati sabitan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 9 Mac tahun lalu adalah selamat.

Mahkamah turut menolak rayuan silang pihak pendakwaan berkaitan hukuman denda RM3,000 ke atas Tian Chua dengan mengurangkan denda kepada RM2,000.

Beliau dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Sesyen telah membuat pertimbangan secara ringkas di mana kesalahan yang dilakukan oleh Tian Chua tidak boleh diambil ringan.

"Bagi mahkamah ini, Seksyen 509 Kanun Keseksaan bukan satu kesalahan yang melibatkan tubuh badan mahupun keselamatan masyarakat. Walaupun ada unsur ketenteraman awam, ia tidak menimbulkan unsur-unsur kekecohan.

"Disebabkan perasaan kecewa dengan tindakan pegawai polis, secara tiba-tiba perayu telah melafazkan kata-kata tidak sepatutnya. Bagaimanapun, selepas melihat latar belakang perayu sebagai ahli parlimen, mahkamah mengurangkan denda kepada RM2,000 sekiranya gagal dihukum penjara dua bulan," katanya. - UTUSAN ONLINE