TIAN CHUA
TIAN CHUA

Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, itu turut berdepan hukuman penjara tambahan tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.


Pada 12 Ogos 2014, Tian Chua mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan mengaibkan terhadap Deputi Superintendan Glenn A. Sinappah yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya, di pintu utama lobi Hotel Armada di sini pada pukul 7.45 malam, 14 April 2014. 


Pemimpin parti pembangkang itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE.