A. Purusuthaman, 27, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah atas pertuduhan menganggotai sebuah kumpulan kongsi gelap dengan memiliki tatu berukir ‘love’ atau hati yang terdapat angka satu di dalamnya pada pergelangan tangan sebelah kiri yang melambangkan kumpulan kongsi gelap Geng Satu Hati.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Bunga Melor, Batu 14, Puchong dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, 18 Mac lalu.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 43 Akta pertubuhan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik memohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran memandangkan penglibatan tertuduh dalam kumpulan tidak bermoral itu boleh mengancam keselamatan dan kepentingan awam.

Purusuthaman yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan berbentuk denda.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman tersebut berkuat kuasa mulai hari ini.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Purusuthaman yang kelihatan mencurigakan telah ditahan oleh pihak polis dan selepas diperiksa, terdapat tatu yang melambangkan sebuah kumpulan kongsi gelap di tangan lelaki itu dan tertuduh kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan.