Arahan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Muhammad Azam Md. Eusoff, di sini.

Difahamkan, tertuduh yang berusia 59 tahun itu ditahan di pejabat pengurusan syarikat tersebut kira-kira pukul 2.20 petang, semalam.

Menurut sumber, suapan tersebut diterima daripada sebuah syarikat barang kemas sebagai balasan untuk menyokong atau mencadangkan sewaan tapak perniagaan syarikat barangan kemas terbabit di kawasan ruang legar di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan nilai sebanyak RM17,500.

Selain Pulau Pinang, tiga lagi pegawai MAHB dilaporkan turut ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Shah Alam (Selangor), Kota Kinabalu dan Labuan di Sabah serta direman bermula pagi ini.-UTUSAN ONLINE