OSMAN MUDA
OSMAN MUDA

Kursus yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Melayu Terengganu (MAIDAM dengan dokongan Persatuan Peguam Syarie Terengganu (PPST) menarik penglibatan 108 daripada 113 orang peguam syarie yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri dan juga para pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda ketika berucap menutup program tersebut gembira dengan komitmen yang ditunjukkan dengan penyertaan cukup memberangsangkan.

“Ini menunjukkan komitmen semua untuk terus memajukan diri sendiri dengan beramal sebagai seorang peguam Syarie yang sentiasa beretika tinggi kepada anak guam dan mahkamah yang dihadiri.

“Pada asasnya, objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada seluruh peguam syarie dan juga untuk menyemai elemen integriti dan beretika tinggi dalam profesion mereka,”ujarnya.

Katanya, perjuangan untuk memperkasakan undang-undang syariah di negeri ini khususnya masih belum selesai, dan ini menuntut agar semua bersama melipatgandakan usaha meakukan lonjakan besar ke arah mencapai matlamat.

Menurut beliau, sehubungan itu juga, MAIDAM sedang sedang mengkaji untuk mewujudkan Kaedah-Kaedah Profesion Peguam Syarie di negeri Terengganu.

Beliau menjelaskan, langkah itu pada dasarnya bertujuan untuk mencambahkan lebih ramai peguam syarie yang berkualiti dan beretika tinggi dalam bidang profesional yang sangat dipandang tinggi oleh masyarakat hari ini.

“Bagi menjayakan matlamat untuk memperkasakan profesion ini, MAIDAM akan terus bekerjasama dengan PPST serta Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam melaksanakan pelbagai program pada masa hadapan. - UTUSAN ONLINE